About Me

My photo
Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
Im a Malaysian, but i havent been Malaysian long enough lately. Was an Indian for 4 and a half years and currently an Indonesian for another 2! Yikes! Studying abroad sucks.

Wednesday, September 01, 2004

Dendam Terbalas


Bean mengampiri Tommy dengan beg plastik tajaan Jaya Jusco.
Kelihatan Tommy diumpan dengan Burger Giant Hafeez .


Oh No! Tommy disekat pernafasannya oleh Bean.
Ekspresi muka bean menunjukkan kegilaan beliau dan bertapa hensemnya beliau


Bean kelihatan membuat 'Walls Of Jericho' pada Tommy.
Kekejaman ini ehsan dari WWE wrestling.



Bean yang telah selesai membinasakan Tommy bersembunyi di tempat yang menurut beliau 'takkan dijumpai sesiapa pun. Saddam Hussein pun kalah'.


Ya.... Memang tempat tu takkan dijumpai sesiapapun... Tetapi sesiapa tu bukanlah 'Pawerpaf Girls'... Lihat muka Bean yg frust

Moral : Malang tidak berbau tetapi kentut berbau busuk... Ingat tu Bean!

Malam Merdeka


Selamat Hari Merdeka Malaysia!


Aku ni tak la patriotik tahap pegi sambut kat KL malam2 buta ni... hehehe sebenarnya mak bapak aku tak bagi... Takpelaaaa aku seronok sambut ngan Encik Bean... Jgn Jeles... Tak gitu Encik Bean?... senyumannya itulah jawapannya

Thursday, August 26, 2004

Misteri Werewolf

Ramai yang tahu akan cerita mengenai werewolf atau nama saintifiknya serigala jadian. Werewolf ini adalah seorang manusia yg berkeupayaan menjadi serigala setelah melihat bulan purnama.... uuuu mistiknya umpama mistikus cinta nyanyian band Dewa.

Terdapat pelbagai filem yang telah dihasilkan melibatkan werewolf seperti An American Werewolf in Paris, An American Werewolf in London, Blade, Blade II, Underworld, Queen Of The Damned dan Van Hel Singh... Maaf X-Men tak tersenarai kerana wolverine bukan werewolf (mungkin cousin kot).

Walaubagaimanapun... dalam setiap Cerita berkenaan... kita kagum ngan cinematik yang menunjukkan bulu tumbuh serentak ngan taring werewolf tu.... yang peliknya bila dia kembali normal, bulu yg tumbuh tu tetiba je lesap ngan taring tu...

Apa yang kita tak nampak ialah Si Serigala telah pergi waxing atau threading ataupun shaving sebelum kembali menjadi Sang manusia...


Mr. M sebagai Sang manusia normal dan sihat (Blood pressure 120/80 at 75 beats per minute)


Mr. M sebagai Si Serigala yang berbulu di seluruh anggota badan kecuali bibir seksinya


Mr. M beberapa saat setelah kembali normal

Heheh... Trimas Mr. M sebab sudi menjadi model serigala jadian aku... tepukan gemuruh untuk beliau!

Moral :
Kita harus lebih prihatin terhadap filem yang kita tonton. Sokong cetak rompak!

Sunday, August 22, 2004

Tommy Mengamuk!

CHERAS, 22 Ogos 2004 - Seekor harimau yang dipelihara seorang remaja di sini telah menyerang seorang kanak kanak berumur sekitar 10 tahun bernama Encik Bean atau nama glemernya Muhammad Luqman. Hasil soal siasat menunjukkan bahawa Bean telah bertindak menganiaya dan mengancam harimau tersebut yang bernama Tommy. Persatuan Haiwan Antarabangsa atau PETA telah membuat kesimpulan bahawa Tommy tidak bersalah kerana apa yang dilakukan Tommy itu sebagai 'self defence'.

Berikut ialah footage dimana kita dapat melihat serangan seekor harimau ke atas seorang kanak kanak riang ribena 'Wooop'... Awas... saya takkan menanggung sebarang kesulitan yang anda hadapi setelah melihat gambaran ini...


Encik Bean kelihatan bermain dengan Playstation 2


Encik Bean yang semakin tension kerana menghampiri kekalahan

En.Bean tertewas dan mengamuk

Tanpa disedari beliau telah tergigit ekor tommy kerana terlalu marah

Tommy menerkam Encik Bean yang semakin waras

Terkaman Tommy membuat Encik Bean inginkan kewarasan


Encik Bean yang telah selesai menjadi mangsa Tommy baring lemah longlai. Kelihatan Tommy pula sedang bermain dengan Playstation 2.

Moral : Menganiaya binatang tu berdosa... insaflah wahai pembaca...

Friday, August 20, 2004

Mr. M


Mr M dan Dr Abdullah Syer Kawi Jaafar

Tahniah diucapkan kepada Astro atas kejayaan Akademi Fantasia 2. Kejayaan ini mustahil dikecapi jika ketiadaan tenaga pelajar yang handsome (dan flexible) seperti Dr Abdullah Syer Kawi Jaafar. Bila aku tengok keseronokan beliau menunjukkan skill tarian beliau sambil duduk di konsert akhir akademi fantasia 2 (siap head banging tu walaupun lagu jiwang yang didendangkan Bob) wajah Mr. M seolah olah bermain dalam sanubari otakku...

Aku mula mula tak tau mengapa beliau berlari lari dalam otak aku... aku bukan gay seperti beliau... Mungkin ada mesej yang ingin disampaikan otak aku yg aku belum nampak...

Sehinggakan bila aku letak gambar diorang berdua ni sebelah menyebelah aku masih tak nampak apa yg ingin disampaikan otak aku... Kenapakah aku nampak Mr. M bila aku tengok wajah Dr Abdullah Sher Kawi Jaafar? Hairan... samada aku perlu jumpa Psychiatrist atau aku serahkan kes ini pada Mastika atau Mangga yang lebih pakar mengendalikan masalah misteri... Bagi mereka yang mungkin ada penjelasan bagi masalah aku ini silalah klik 'comments' dan berikan pendapat anda itu...

Wednesday, August 11, 2004

Di manakah hilangnya para penagih dadah?


-Seorang penagih dadah disamping rakan baiknya yang tak hisap dadah-

Hmmm...

Sepanjang beberapa hari aku kembali ke tanahair aku ada perasan sesuatu... Berita yang terpapar di newspaper semuanya pasal rogol, bunuh, rogol dan bunuh, bunuh dan rogol, etc. tapi takde pun pasal penagih dadah!

Mula-mula aku fikir "Wah... Malaysia dah berjaya bendung masalah dadah... Tahniah Malaysia!"

Tapi lepas aku fikir balik baru aku tahu di mana hilangnya mereka...Diorang ada kat Manipal daaa... member aku plak tu (Sila rujuk gambar)

Aku tanya dia "apa lu bikin kat india (manipal)"

Beliau berkata "Ooh sini manyak itu stok meliwana (dadah marijuana)... manyak high loo"

Hampeh

Sunday, August 08, 2004

Selamat Datang!

Assalamualaikum semua!
Aku tengah cuti sekarang ni dan tak tau nak buat apa.
Aku ni tak reti berinternet tapi saja menggatal buat blog
Apapapun semoga korang support blog aku yang baru nak bermula ni
Malaysia boleh!