About Me

My photo
Cheras, Kuala Lumpur, Malaysia
Im a Malaysian, but i havent been Malaysian long enough lately. Was an Indian for 4 and a half years and currently an Indonesian for another 2! Yikes! Studying abroad sucks.

Wednesday, April 07, 2010

Jonathan telah mati

Peristiwa menusuk kalbu ini terjadi sewaktu aku tgh cuti Februari 2010 haritu

Ini Jonathan (bukan nama sebenar)

Aku cuba memberikan Jonathan CPR tapi geli la plak

Sedih dan pilu. Aku teringat kembali, bagaikan baru semalam je aku main timang tinggi tinggi dengan Jo (panggilan manja beliau)

Jonathan tersenyum ria sewaktu aku geletek ketiak dia

Apa nak buat dah ajal. So aku gali la lubang untuk dijadikan tempat Jo bersemadi

Lubang yang memakan waktu sejam untuk digali sebab takde cangkul. Last last aku guna cangkul yang digunakan untuk bercucuk tanam.

Lupa lak nak story sikit. Jo ni makhluk yang aku pancing 5 tahun lalu dengan dad aku. Yang peliknya, waktu tu dia kecik je. ntah cemana jadi besar camni aku tak tau. Mungkin dia anak derhaka. Kena sumpahan. Padan muka


Aku ada publish kat surat khabar tentang kematian Jo. Dan tentang waktu pengebumian beliau.
Tak hairanlah ramai yang datang nak mengucapkan kata kata terakhir.



Terima kasih kepada yang sudi hadir
Dari Kiri : Captain M&Ms, Biker Mice from Mars, Plastic Soldier, My Little Pony, Son Goku, Peter Pan, Captain Planet, Ultraman, Hulk Hogan, Wheeler (Planeteer), Rafael (TMNT) dan Master Splinter (TMNT)


Setelah dua belas das tembakan dari Plastic Soldier dan Tabik Spring dari Captain M&Ms, upacara pengebumian dimulakan



Selamat tinggal Jo

Semoga jasad Jo menyuburkan tanah di belakang rumah aku untuk dijadikan port tanaman Ulam Pegaga.

You will be remembered. Thank you for the memories.
RIP Jonathan Alberqueque 2004-2010

5 comments:

ApeeN said...

hahahaha..lawak gell entri nih !! sian si ikan besar..ramai org dtg for pengemubian dia

Bil said...

Innalilaahiwainailahirojiun...
Al-fatihah buat arwah Jo yang telah pulang ke Rahmatullah.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.
Semoga juga pemergian beliau diredhai kedua orang tuanya dan dosa beliau terhadap kedua orang tua dapat dimaafkan, walaupun beliau sudah terima balasan iaitu sumpahan sehingga beliau membesar begitu drastik.
Majlis pemakaman arwah Jo atau Jonathan (walaupun bukan nama sebenar) mendapat sambutan hangat, pasti amat memilukan hati ahli keluarga arwah.
tak sangka selama ini arwah berkenalan rapat dengan My Little Pony, captain M&ms, dan ninja turtles. kalau saya tau, mesti dah lama saya mintak arwah ambikkan autograph, sbb saya memang big fans dgn My little pony sejak kecik.

Alhamdulillah, majlis pengebumian arwah jo berjalan lancar.. besar sekali batu nisannya.

nadhirah mohd shakri said...

hahahah!!!! creative. i loike!
keep on blogging la.ngengade betol la nk kne ade org komen br igt ade sambutan =p
poeple read ur blog la..and it's veeeeerrrry funny!!

Ir. Dr. Ikeen said...

yay! welcome back!!!!!!!!!!!~~ I like this entry a lot!

:+:+: Ashikyn :+:+: said...

haha. this is crazy funny! oh ya btw hello. i read yo blog. peace!